Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Nota (TMK tahun 5)
Istilah-istilah asas yang perlu diketahui apabila belajar
mengenai komputer:
Peranti: Peralatan yang disambung kepada
sistem unit
Perisian: Program atau arahan yang memberitahu
komputer apa yang harus dilakukan
Data: Fakta mengenai sesuatu benda atau
orang seperti nama, gambar, warna,
saiz, bilangan dan sebagainya
Maklumat: Data yang telah diproses menjadi sesuatu
yang bermakna.
Jenis-jenis Komputer
Komputer boleh dikelaskan kepada tujuh (7) jenis komputer. Jenis-jenisnya
bergantung kepada saiz , kelajuan dan kuasa pemprosesan.
Rajah di sebelah menunjukkan tujuh(7) jenis komputer tersebut dan
contoh-contohnya.
1. Komputer peribadi

2. Komputer mudah alih
3. Konsol mainan berkomputer
4. Pelayan
5. Komputer benam (embedded)
6. Komputer tangan (hand held)
7. Komputer tablet
Tiada ulasan:
Catat Ulasan